Kami Berjaya Part 2

Friday, February 26, 2010



What? Apa itu program KB2 …

Program KB2 ialah program yang menerangkan kaedah kerja berpasukan berdasarkan konsep PLAN-DO-CHECK-ACTION (PDCA). Disamping itu penerangan mengenai alat dan kaedah didalam melaksanakan PDCA akan dikongsi bersama.

Dengan menggunakan konsep ‘stick person’ dan ‘tahu terus buat’, sudah pasti program ini akan membawa suatu pengalaman unik, kreatif tapi mudah dalam usaha memahami tujuan program ini. Program ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya peserta telah mengikuti program KB1


Why? Kenapa perlu kepada KB2 …

Banyak didengar cara kerja melalui amalan kerja berpasukan tidak bersistematik dan akhirnya menjadi faktor utama kegagalan mencapai matlamat pasukan.

KB2 akan menerangkan amalan PDCA dengan mudah kerana banyak contoh-contoh dan latihan akan diterapkan dalam penyampaiannya.

KB2 bertindak sebagai pembimbing kearah perlaksanaan Kerja berpasukan yang bersistematik.


Kandungan KB2

Bab 1 : Apa Itu PDCA

Bab 2 : Data

Bab 3 : Perjalanan PDCA

Bab 4 : Contoh Projek PDCA

Bab 5 : Kaedah dan Alat PDCA
Bab 5.1 : Kaedah PDCA
Bab 5.2 : Alat PDCA

Bab 6 : Persembahan Pengurusan
Bab 6.1 : Tempatan
Bab 6.2 : Korporat

Bab 7 : Kriteria Penghakiman ICC – 2006

Bab 8 : Tepuk Dada Tanya Selera


Apa yang boleh dicapai melalui KB2?

Selepas menghadiri KB2 dan melaksana susulannya, para peserta akan mampu melaksanakan perkara berikut:

1) Anggota kerja memahami proses bagaimana bekerja dalam satu pasukan dengan cara yang paling efektif (menggunakan PDCA) dalam usaha mencapai matlamat pasukan. Hajat ini akan lebih mudah dilaksanakan setelah anggota kerja tersebut menghadiri ADB, KUB dan KB1.


Kayu Ukur KB2

Kayu Ukur berikut boleh digunakan untuk mengukur kemajuan para peserta:

1) Peningkatan pencapaian matlamat kerja secara berpasukan seperti peningkatan hasil dari usaha kumpulan 5S, Peningkatan dari segi proses yang telah dibentuk (ISO9001), usaha kerja ‘functional’ dan sebagainya.

2) Penurunan rungutan mengenai masalah dalam kerja berpasukan. (survey)

3) Peningkatan dalam jumlah kerja yang melibatkan kerja berpasukan atau pun usaha antara jabatan.

4) Kewujudan Matlamat/KPI pasukan.

5) Kewujudan pelan perancangan mencapai matlamat/KPI pasukan.

6) Kewujudan bukti susulan seperti email atau minit mesyuarat.

7) Lapuran dari ’Immediate Manager’ mengenai penggunaan PDCA dalam kerja seharian.


Hubungi Saudara Mior Azli Mior Md Isa (019-2245-079 @ sssabasic@yahoo.com) untuk keterangan lanjut.